Monday 11 January 2021

3 Jenis Kaki Sembang Yang Rasulullah SAW Paling Benci .

 

1.    "Thartharun", iaitu golongan yang sembang kencang atau cakap berjela-jela yang tidak berfaedah. Mereka ini biasanya suka mencelah percakapan orang lain dan gemar menguasai perbualan tanpa memberi ruang kepada orang lain bercakap. 

.

2.    "Mutasyaddiqun", iaitu golongan yang suka bercakap dengan gaya yang merendahkan atau meremehkan orang lain.

.

3.    "Mutafayhiqun", iaitu golongan yang bila bercakap, suka cerita tentang dirinya sahaja untuk tonjolkan dirinya lebih dari orang lain.

.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:

.

أَبغَضَكُمْ إِليَّ وَأبْعَدَكُمْ مِني مَجْلساً يَومَ القِيامةِ: الثَّرْثَارونَ، والـمُتَشَدِّقُونَ، وَالـمُتَفَيْهِقُون

.

“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya daripadaku pada hari Kiamat ialah orang yang paling lebat sembangnya, orang yang suka memperolok orang lain dan orang yang sombong bicaranya.” [riwayat al-Tirmidzi].

.

Kredit : Dr. Kamilin Jamilin


Sunday 10 January 2021

Bila anak kahwin

 "Bila anak lelaki kita dah berkahwin, suruh dia keluar dr rumah kita, duduk asing..."


Perkahwinan merupakan satu alam baru bagi mereka yg memilih utk menamatkan zaman bujang mereka...perkahwinan dtg dgn tanggungjawab yg perlu dipenuhi dan dilaksanakan oleh si suami dan juga si isteri...


Sebagai ibubapa, kita perlu biar anak dan pasangannya hidup sendiri, biar anak dan pasangannya bina kehidupan mereka, biar anak dan pasangannya bersusah-susah dahulu, biar mereka atur kehidupan mereka sendiri, satu persatu...


Bagaimana mereka inginkan rumahtangga mereka jadi...


Jgn sebab alasan kos hidup tinggi, gaji anak sikit, dia tak pernah berenggang dgn kita, smua serba serbi kita yg sediakan kat dia, kita jadi kesian kat anak, kita "simpan" dia dlm rumah kita, kita tanggung dia dan pasangannya...sampai bila kita mampu buat mcm tu?


He need to face the facts that now he is on his own...


Itu adalah cabaran yg dia perlu tempuhi dan hadapi bila dia memilih utk mendirikan rumahtangga...dia perlu pkir akan smua itu dahulu sblum dia berkahwin, dia perlu ada perancangan akan bagaimana dia ingin hidup bersama pasangannya selepas berkahwin...


Dia bakal menjadi seorang ketua keluarga, seorang suami, seorang ayah dan dia perlu plan masa depannya...perkahwinan bukannya satu perkara yg boleh dibuat main2 atau suka2...


Dia kena bertanggungjawab terhadap org yg dikahwininya...


Biar dia tggal dlm rumah sewa yg kecil, biar dia naik motor dgn pasangannya ke tempat keje, biar dia xde kereta, biar dia kena hujan, biar dia makan dan pakai apa yg ada, biar dia rasa apa itu pokai, apa itu "tgh bulan", biar dia "ikat perut", biar dia susah bersama pasangannya supaya dia tahu, bukan senang utk melayari hidup berumahtangga, supaya dia tahu utk bersyukur akan apa yg dia dah ada dan dapat selama ini, supaya dia tahu utk lebih menghargai siapa yg ada bersamanya ketika dia susah, ketika dia baru nk membina kehidupannya...


Dia perlu belajar berdikari dan bertanggungjawab agar dia mampu membina keluarga yg bahagia dan mengatur masa depannya dengan lebih baik...


Kita sebagai ibubapa dah membesarkannya selama 20 tahun, 25 tahun, 30 tahun dgn cukup2 baik...maka sekrg, masa utk melihat hasilnya...


Kredit : Firdaus Shakirin


2 TANDA ALLAH SEDANG MARAH PADA KITA


Seorang Wali Allah pernah berkata, jika aku ingin tahu sekiranya ada kesalahanku pada Allah, aku akan perhatikan 2 tanda ini - KENDERAAN dan ISTERIKU. 


Kenderaan yang  diguna sering rosak dan meragam. Banyak kerosakan yang datang darinya berbanding memudahkan urusan seharian. 


Isteri pula buruk akhlaknya, suka membantah malah perilakunya sangat menyakitkan hati. 


Kata Ulamak, kenderaan kita sepatutnya mendatangkan kebaikan dalam hidup. Tapi bila jarang diguna untuk pergi masjid, pergi berjemaah maka Allah sampaikan rasa tidak redhaNya melalui cara itu. 


Karenah isteri yang suka melawan pula adalah disebabkan kita sendiri berani lawan perintah Allah. Lebih teruk lagi, anak-anak juga turut bermasalah. 


Kadang-kadang kita tak nampak semua petunjuk ini melainkan Allah sampaikan melalui para Ulamak. 


Ulamak pesan, bila ada perkara sebegini berlaku dalam rumahtangga kita, cepat-cepat berwuduk dan bertaubatlah.


Kena cari balik kemaksiatan apakah yang sedang kita buat sehingga Allah sedang memberi peringatan kepada kita sedemikian rupa. 


#*** Perkongsian Tuan Guru Sheikh Zaini Ahmad.🌵

14 Mutiara Kata Imam Shafie Yang Penuh Dengan Pedoman Kehidupan

 


1. Bila engkau tidak mahu merasakan lelahnya belajar, maka engkau akan menanggung pahitnya kebodohan. 


2. Jangan cintai orang yang tidak mencintai Allah. Kalau Allah ia tinggalkan, apalagi kamu. 


3. Barangsiapa yang menginginkan husnul khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia. 


4. Doa di saat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran. 


5. Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat. 


6. Siapa yang menasihatimu secara sembunyi, maka ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu. 


7. Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafan sedang ditenun. 


8. Jadikan akhirat di hatimu, dunia di tanganmu dan kematian di pelupuk matamu. 


9. Berkatalah sekehendakmu untuk menghina kehormatanku, diamku dari orang hina adalah suatu jawaban. Bukanlah ertinya aku tidak mempunyai jawaban, tetapi tidak pantas bagi singa melayani anjing. 


10. Amalan yang paling berat diamalkan ada tiga. a. Dermawan saat yang dimiliki sedikit, b. Menghindari maksiat saat sunyi tiada sesiapa, c. Menyampaikan kata-kata yang benar di hadapan orang yang ditakuti. 


11. Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan kemelaratannya, sehingga orang lain menyangka bahawa dia berkecukupan kerana dia tidak pernah meminta. 


12. Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan amarah, sehingga orang lain mengira bahawa ia merasa reda.


13. Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan kesusahan, sehingga orang lain mengira bahwa ia selalu senang. 


14. Apabila engkau memiliki seorang sahabat yang membantumu dalam ketaatan kepada Allah, maka genggam eratlah ia, jangan engkau lepaskan. Karena mendapatkan seorang sahabat yang baik adalah perkara yang sulit, sedangkan melepaskannya adalah perkara yang mudah. 


Kata-kata ini sungguh bermakna dan sungguh tepat dengan kehidupan seharian kita. Semoga ia dapat mencorakkan kehidupan kita masa kini dan masa akan datang. 


Amin ya Rabbal Alamin. 


Kredit : Tuan Yamin Ismail

Sumber : Viral Media Johor

Saturday 9 January 2021