Friday 31 December 2021

Saturday 26 June 2021

Ayam Goreng Tepung Special








 Salam semua sahabt.. seperti yg dijanjikan.. saya tunaikan untuk bagi resipi ayam goreng.. adunan tepung nie bnyak dan boleh disimpan...


Ini kali kedua saya share sbb korg malas nk scroll posting sy yg lama kan...


Sesiapa yg pernah guna resipi ini boleh lampirkan gambr kalian dibawah...


Ayam goreng tepung nie menu utama..

Saya gunakan tepung segera yg jenama PUAS. Tp kalau nk mkn sendiri blh jer beli yg mahal sikit.. biasalah kami yg meniaga akan cri paling murah..

Bagi menampung kos tepung.. ada tepung campuran yg saya proses sendiri..  meh sy ajar bancuhan tepung ayam yg sy buat..


Bahan2

700g tepung gandum

1kg tepung beras

300g tepung ubi kayu

3sudu serbuk lada putih(sudu teh)

7sudu stok ayam serbuk(sudu makan)

7sudu Ajinomoto (sudu makan)

7sudu garam(sudu makan)

(Ajinomoto dan garam campur dan blander gunakan blander kering kasi halus)


Campur semua bahan dan kacau sehingga merata... Ok siap tepung ayam buatan sndri..

Saya akan campur tepung segera yg beli dan buatan sendiri...


Jom kita goreng ayam...

Ayam setelah dicuci bersih.. dalam keadaan basah2 tu pecahkan telor sebiji atau 2..tgk banyak mana ayam...

Taburkan sedikit tepung dlm ayam td BG memekatkan keadaan ayam..


Dalam bekas yg lain sediakan tepung ayam yg banyak untuk sadur ayam..


Ambil ayam td dan gaul dlm tepung td.. jgn nipis sngt..jgn tebal sngt... 


Terus masukkan kedalam minyak yg banyak api sederhana. Siap....


Tips...

Tepung ayam tu MMG dia tulis tanpa telor tp nk sedap dan cantik letaklah telor....


Doakan sy dimurahkn rezeki yer...♥️


Source:

FB Yayar Bin Awang Noh

FB Group Suami Masak Apa Hari Ini



Friday 25 June 2021

Jenis2 pisang

 



Mari kenali  Jenis-jenis pisang di Malaysia ๐Ÿค“๐Ÿค“

Antara jenis-jenis pisang yang ada ialah :


Pisang Berangan – Setandan mencecah 12-22kg. Kulitnya agak tebal dan bewarna oren kekuningan

Pisang Abu/Nipah – Setandan mencecah 15-28kg. Kuli bewarna kuning setelah masak dan isinya putih. Selalunya digoreng


Pisang Tanduk – Setandan mencecah 7-10kg. Sesuai dijadikan kerepek dan harganya mahal sedikit. Tak sesuai dimakan mentah


Pisang Emas – Mempunyai 5-9 sisir dan bewarna kuning keemasan. Wangi dan sangat manis dan tidak sesuai untuk digoreng


Pisang Awak – Setandan boleh mencecah 12-22kg. Boleh dimakan terus atau dibuat sajian. teksturnya agak kasar tapi mudah untuk dikupas


Pisang Cavendish – Setandan melebihi 20kg. Kulitnya tebal dan bewarna kuning cantik. Isinya lembut dan manis dan banyak dijual di pasaraya.


Pisang Nangka – Setandan mencecah 12-14lg. isinya bewarna krim putih dan rasanya sedikit masam. Selalunya digoreng dan tahan disimpan lama


Pisang Rastali – Setandan mencecah 10-15kg. Kulitnya bewarna kuning terang dan isinya lembut putih. Rasanya manis sedikit masam


Pisang Lemak Manis – Saiznya kecil-kecil dan rasanya manis berlemak. Selalu disedekahkan di masjid pada hari Jumaat dan digunakan dalam resepu puding diraja negeri Johor


Kredit: Norilims 


#MalaysiaMembaca

#MelakaMembaca

#Baca@PERPUSTAM

#PPTelokMas

Sunday 2 May 2021

KEMPEN WAKAF 10 malam terakhir Ramadan

 #MemburuMalamLailatulQadar

#Pecutan10MalamTerakhir 

#MemburuPahalaIbadah


๐Ÿ€*Doa Malam Lailatul Qadar*๐Ÿ€


ุจِุณูۡ…ِ ูฑู„ู„ู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญูۡ…َู€ٰู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู…ِ


ุงู„ู„َّู€ู‡ُู€ู…َّ ุฅู†َّูƒَ ุนَูُูˆٌّ ุชُู€ุญِุจُّ ุงู„ุนَูْูˆَ ูَุงุนْูُ ุนَู†ِّูŠ


Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii


Maksudnya:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha maaf dan Engkau menyukai maaf, maka maafkan aku."


 “Carilah malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir pada malam yang ganjil”. [Riwayat Ahmad, no.Hadith 85]


๐Ÿคฒ Mereka yang merasakan kenikmatan ibadah 1,000 bulan ini adalah mereka yang dipilih Allah SWT. Bilakah kita dapat merasakan nikmat itu❓❓


๐ŸŒผItulah nikmat pada malam *LAILATUL QADR*. Malam itu adalah malam yang terbaik untuk kita beribadah. Beribadah di malam hari seperti *solat sunat, membaca Al-Quran dan bersedekah merupakan ibadah yang terbaik.*


๐ŸคฒSemoga dengan asbab usaha kita, mudah-mudahan kita dipilih Allah SWT untuk merasakan nikmat itu!


=============================

‼️  Inginkah anda memperoleh bersedekah selama 1000 bulan dalam masa 10 malam terakhir Ramadan?


๐ŸกAyuh Sertai kami di Aman Palestin dalam *KEMPEN WAKAF 10 malam terakhir Ramadan


untuk Baik Pulih Rumah dan Kemudahan Tenaga Solar di Palestin*


๐Ÿ”ธDengan berwakaf RM10 setiap malam, *in shaa Allah kita akan mendapat pahala bersedekah selama 1,000 bulan di salah satu malam tersebut.*


⚡️ Salurkan sumbangan untuk *Wakaf10MalamTerakhir* ke akaun *Aman Palestin Berhad*:

Bank Islam: 12029010047880

Maybank: 562263010787

CIMB: 8600460353

Billplz: www.billplz.com/apsabah

RUJUKAN: Wakaf10MalamTerakhir


๐Ÿ“ฉ Hantar resit transaksi anda ke whatsapp :

wasap.my/60192227019

wasap.my/60192227019


๐Ÿ™ Bantu kami sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda❗️


#AmanPalestinSabah

#RamadanBersamaPalestin

#SemarakRamadan

Monday 11 January 2021

3 Jenis Kaki Sembang Yang Rasulullah SAW Paling Benci .

 

1.    "Thartharun", iaitu golongan yang sembang kencang atau cakap berjela-jela yang tidak berfaedah. Mereka ini biasanya suka mencelah percakapan orang lain dan gemar menguasai perbualan tanpa memberi ruang kepada orang lain bercakap. 

.

2.    "Mutasyaddiqun", iaitu golongan yang suka bercakap dengan gaya yang merendahkan atau meremehkan orang lain.

.

3.    "Mutafayhiqun", iaitu golongan yang bila bercakap, suka cerita tentang dirinya sahaja untuk tonjolkan dirinya lebih dari orang lain.

.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:

.

ุฃَุจุบَุถَูƒُู…ْ ุฅِู„ูŠَّ ูˆَุฃุจْุนَุฏَูƒُู…ْ ู…ِู†ูŠ ู…َุฌْู„ุณุงً ูŠَูˆู…َ ุงู„ู‚ِูŠุงู…ุฉِ: ุงู„ุซَّุฑْุซَุงุฑูˆู†َ، ูˆุงู„ู€ู…ُุชَุดَุฏِّู‚ُูˆู†َ، ูˆَุงู„ู€ู…ُุชَูَูŠْู‡ِู‚ُูˆู†

.

“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya daripadaku pada hari Kiamat ialah orang yang paling lebat sembangnya, orang yang suka memperolok orang lain dan orang yang sombong bicaranya.” [riwayat al-Tirmidzi].

.

Kredit : Dr. Kamilin Jamilin


Sunday 10 January 2021

Bila anak kahwin

 "Bila anak lelaki kita dah berkahwin, suruh dia keluar dr rumah kita, duduk asing..."


Perkahwinan merupakan satu alam baru bagi mereka yg memilih utk menamatkan zaman bujang mereka...perkahwinan dtg dgn tanggungjawab yg perlu dipenuhi dan dilaksanakan oleh si suami dan juga si isteri...


Sebagai ibubapa, kita perlu biar anak dan pasangannya hidup sendiri, biar anak dan pasangannya bina kehidupan mereka, biar anak dan pasangannya bersusah-susah dahulu, biar mereka atur kehidupan mereka sendiri, satu persatu...


Bagaimana mereka inginkan rumahtangga mereka jadi...


Jgn sebab alasan kos hidup tinggi, gaji anak sikit, dia tak pernah berenggang dgn kita, smua serba serbi kita yg sediakan kat dia, kita jadi kesian kat anak, kita "simpan" dia dlm rumah kita, kita tanggung dia dan pasangannya...sampai bila kita mampu buat mcm tu?


He need to face the facts that now he is on his own...


Itu adalah cabaran yg dia perlu tempuhi dan hadapi bila dia memilih utk mendirikan rumahtangga...dia perlu pkir akan smua itu dahulu sblum dia berkahwin, dia perlu ada perancangan akan bagaimana dia ingin hidup bersama pasangannya selepas berkahwin...


Dia bakal menjadi seorang ketua keluarga, seorang suami, seorang ayah dan dia perlu plan masa depannya...perkahwinan bukannya satu perkara yg boleh dibuat main2 atau suka2...


Dia kena bertanggungjawab terhadap org yg dikahwininya...


Biar dia tggal dlm rumah sewa yg kecil, biar dia naik motor dgn pasangannya ke tempat keje, biar dia xde kereta, biar dia kena hujan, biar dia makan dan pakai apa yg ada, biar dia rasa apa itu pokai, apa itu "tgh bulan", biar dia "ikat perut", biar dia susah bersama pasangannya supaya dia tahu, bukan senang utk melayari hidup berumahtangga, supaya dia tahu utk bersyukur akan apa yg dia dah ada dan dapat selama ini, supaya dia tahu utk lebih menghargai siapa yg ada bersamanya ketika dia susah, ketika dia baru nk membina kehidupannya...


Dia perlu belajar berdikari dan bertanggungjawab agar dia mampu membina keluarga yg bahagia dan mengatur masa depannya dengan lebih baik...


Kita sebagai ibubapa dah membesarkannya selama 20 tahun, 25 tahun, 30 tahun dgn cukup2 baik...maka sekrg, masa utk melihat hasilnya...


Kredit : Firdaus Shakirin


2 TANDA ALLAH SEDANG MARAH PADA KITA


Seorang Wali Allah pernah berkata, jika aku ingin tahu sekiranya ada kesalahanku pada Allah, aku akan perhatikan 2 tanda ini - KENDERAAN dan ISTERIKU. 


Kenderaan yang  diguna sering rosak dan meragam. Banyak kerosakan yang datang darinya berbanding memudahkan urusan seharian. 


Isteri pula buruk akhlaknya, suka membantah malah perilakunya sangat menyakitkan hati. 


Kata Ulamak, kenderaan kita sepatutnya mendatangkan kebaikan dalam hidup. Tapi bila jarang diguna untuk pergi masjid, pergi berjemaah maka Allah sampaikan rasa tidak redhaNya melalui cara itu. 


Karenah isteri yang suka melawan pula adalah disebabkan kita sendiri berani lawan perintah Allah. Lebih teruk lagi, anak-anak juga turut bermasalah. 


Kadang-kadang kita tak nampak semua petunjuk ini melainkan Allah sampaikan melalui para Ulamak. 


Ulamak pesan, bila ada perkara sebegini berlaku dalam rumahtangga kita, cepat-cepat berwuduk dan bertaubatlah.


Kena cari balik kemaksiatan apakah yang sedang kita buat sehingga Allah sedang memberi peringatan kepada kita sedemikian rupa. 


#*** Perkongsian Tuan Guru Sheikh Zaini Ahmad.๐ŸŒต