Mari kenali Jenis-jenis pisang di Malaysia 🤓🤓
Antara jenis-jenis pisang yang ada ialah :
Pisang Berangan – Setandan mencecah 12-22kg. Kulitnya agak tebal dan bewarna oren kekuningan
Pisang Abu/Nipah – Setandan mencecah 15-28kg. Kuli bewarna kuning setelah masak dan isinya putih. Selalunya digoreng
Pisang Tanduk – Setandan mencecah 7-10kg. Sesuai dijadikan kerepek dan harganya mahal sedikit. Tak sesuai dimakan mentah
Pisang Emas – Mempunyai 5-9 sisir dan bewarna kuning keemasan. Wangi dan sangat manis dan tidak sesuai untuk digoreng
Pisang Awak – Setandan boleh mencecah 12-22kg. Boleh dimakan terus atau dibuat sajian. teksturnya agak kasar tapi mudah untuk dikupas
Pisang Cavendish – Setandan melebihi 20kg. Kulitnya tebal dan bewarna kuning cantik. Isinya lembut dan manis dan banyak dijual di pasaraya.
Pisang Nangka – Setandan mencecah 12-14lg. isinya bewarna krim putih dan rasanya sedikit masam. Selalunya digoreng dan tahan disimpan lama
Pisang Rastali – Setandan mencecah 10-15kg. Kulitnya bewarna kuning terang dan isinya lembut putih. Rasanya manis sedikit masam
Pisang Lemak Manis – Saiznya kecil-kecil dan rasanya manis berlemak. Selalu disedekahkan di masjid pada hari Jumaat dan digunakan dalam resepu puding diraja negeri Johor
Kredit: Norilims
#MalaysiaMembaca
#MelakaMembaca
#Baca@PERPUSTAM
#PPTelokMas
0 comments:
Post a Comment